Saturday 7 May 2011

Bingkai Kehidupan by Shoutul Harokah



SAMUDERA KEHIDUPAN
Lyrics: Shoutul Harokah 
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelah masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu goyatuna
Ar rosul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Almautu fi sabilillah
Asma amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah tauladan kami
Al-Qur’an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

Wednesday 27 April 2011

Jenaka Lewat Senja..

MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN ANGKASAWAN NEGARA
Tempat: Hotel HM Carriot, Sungai Sepat, Perik.
Waktu: Lewat senja (dah nak dekat Isya')

Berlari-lari para wartawan ke tempat 'press conferencing' yang disediakan. Ramai orang mengerumuni satu kawasan di tengah-tengah ruang legar Pusat Angkasaraya. Di situ juga ramai wartawan-wartawan, pegawai-pegawai polis, pengawal pribadi, spesel bran, mata-mata, pegawai angkatan tentera berkuda, pegawai-pegawai tadbir, orang-orang suruhan, pemandu driver, makcik tukang sapu (terjengket-jengket di tepi kerumunan tersebut), ketua-ketua jabatan rajin kerja serta ramai lagi lah manusia alien-alien yang tidak dikenali.

Semua mereka mengerumuni kawasan bersofa tersebut yang sofanya kelihatan empuk dan sedap mesti mahal dan lena terkeluar air liur basi kalau tertidur atasnya diduduki memanda menteri kuat kerja -lebih dikenali sebagai LV lelaki lah/tulen, pengarah pusat angkasa dan ketua pengarah keselamatan dalam negeri. Terdengar juga ada bisik-bisik dalam kalangan manusia di situ yang Menteri LV ni belum sempat makan malam lagi.sebaik selesai majlis perasmian, sudah pun dibuka sesi untuk 'press coferencing' lapor ler tu.. Apakan tidak, dari jam 6:45 petang merasmikan pengumuman bakal angkasawan-angkasawan negara oh lupa, dalam duduk-duduk di situ pun ada bakal angkasawan² jugak sampai masuk waktu Meghrib dan itupun sudah hampir masuk waktu Isya', nampak Menteri LV itu teguk air mineral cap burung sahaja dari tadi dah nak kembung nampaknyer tu. Banyak lah soalan-soalan relevan  yang tak relevan dan yang diungkit, dicuit oleh para wartawan kepada si menteri tadi. Sudahlah penat lapar, bermacam-macam soalan yang dibangkitkan.

Hatta untuk mempercepatkan masa, Menteri LV itu pun suruh wartawan yang terakhir menanyakan soalan "power" sebelum majlis itu ditutup;

Menteri LV: Okay kamu yang berbaju jubah tu sila lah tanye soalan yang paling power ya, jangan buang masa lagi, please proceed to the "strenghthen" question
Stringer J: Sorry sir, you want me to speak English or Malay sir?
Menteri LV: (Muka ada sedikit kerut) Where you are from eh?
Stringer J: I am Malaysian sir, from here lah..
Menteri LV: No..no..no I mean you dari paper mana? Baru ka lama punya paper?
Stringer J: Baru juga, I mean I am Baru, paper I lama..
Menteri LV: (Deyyy...) Hey you don't play-play eh..what's your toughest qustion lah..hurry lah..
Stringer J: Sorry sir, okay.. My question is: Apakah kehebatan bakal angkawasan² kita ni datuk?
Pengarah PA: (Ada gaya nak jawab soalan tuh)
Menteri LV: Nevermind, let me answer it.. Angkawan kita telah dilatih dengan semua 'resources' yang kita ada, dan mereka telah dinilai dari segi mental dan fizikal, maka tiada 'deniable' kepada mereka mereka ini untuk pergi ke peringkat yang lebih jauh...lagi
Stringer J: Maaf datuk..jauh ke mana tu datuk?
Pengarah PA: (Ada gaya nak marah)
Menteri LV: Nevermind, let me handle this.. Okay.. Maksud saya lebih jauh itu bukan sahaja mencapai tahap yang membanggakan negara kita, malahan, mereka ini mampu pergi bukan sahaja ke Bulan..malahan lebih jauh lagi...hingga ke Matahari...jauhkan..hmmm muka bangga
Tetamu-tetamu & Orang rami yang ada di situ: Pffffft pffftt (ada yang tergelak tapi tahan tahan)
Pengarah PA: (Sudah bangun tapi masih di sisi datuk menteri itu)
Stringer J: (Dengan selamba dan muka berkerut blur² terus tanya) Biar betul datuk..matilah angkasawan² kita yang hebat-hebat itu nanti..
Menteri LV: Of cousre lah (terus menteri tu bangun sambil tepuk meja..marah marah terus cakap) You jangan jadi bodoh..stupid bloody idiot.. KITA BAWAK LAH ANGKASAWAN TU TIME MAAAAALLLLLAAMMMM..!!

Pengawal-pengawal pribadi Menteri LV itu pun dengan tangkas terus menarik datuk menteri dari kerumunan 'press conferensing' itu. Mereka menuju ke kereta menteri itu untuk pulang dengan keadaan tergesa-gesa dan dalam keadaan lapar tersebut meninggalkan perkarangan majlis begitu sahaja..terpinga-pinga pengarah dan mereka² yang kena arah di situ.

Wallahua'alam..

Stinger J: (Sambil berkemas²) Alhamdulillah, dapat aku tanye Menteri tu secara live..blk nnt bleh buat story gempak..bangga nye..mana x bangga..menteri tu orang kampung awak tuh..balik ni bleh citer ke Boss aku nanti.. Eh, dh nak masuk Isya' ni baik awak pegi solat dulu..jap² lagi bulih bedal..aah kesian datuk tadi blah x makan malam sama²..lantok ler perut dema, bkn perut awak..(sambil pakai semula kupiah di kepalanya & berjalan menuju ke musolla di Pusat Angkasaraya tu..)          

Sunday 24 April 2011

Bersahabat dan menjadi contoh kepada anak-anak

بسم الله الرحمن الرحيم


Tajuk yang kecil dan comel tetapi besar dan berat timbangannya jika ingin dipraktikkan. Malahan, untuk menulis mengenai tajuk ini juga berasa berat kerana masih ada kekurangan dalam mempraktikkan amalan daripada tajuk di atas.

Bersahabat dengan anak-anak, besar kelompok maksudnya. Anak-anak itu besar kelompok dan kumpulannya bermaksud, bukan setakat anak-anak kita di rumah sahaja, namun merangkumi seperti anak-anak jiran, anak-anak saudara, anak-anak kawan/sahabat/rakan sekerja, anak-anak didik dan ramai lagi anak-anak yang kita pernah jumpa dan mereka mengenali kita. Susah ke nak faham? 

Senang saja,  cari maksud sahabat di http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx.

Kemudian, cuba fikir kenapakah di zaman Rasulullah SAW dahulu, orang yang rapat dan kenal malahan yang pernah hidup sezaman dengan Baginda, disebut dan dipanggil SAHABAT?

Ini kerana, sahabat itu besar maksud istilahnya dan panjang lebar huraiannya. Antara ringkasannya ialah, sahabat ialah kenalan kita yang  boleh  menjadi rapat dan yang akan dipengaruhi serta mempengaruhi diri kita secara sedar ataupun tidak. Jika tidak percaya, cuba lihat "sahabat" di sekeliling anda sekarang. Siapa mereka? Malahan ada sahabat yang baru 1 jam kita kenali mereka tetapi seolah-olah sudah lama kita kenal dan rapat dengan mereka, malahan lebih rapat hubungan persahabatan itu dengan perhubungan saudara sedarah kita sendiri. Betul ke? Kalau salah tolong betulkan yer..

Jadi, bersahabatlah dengan anak-anak.. kerana mereka lah orang yang rapat, dekat serta  mengenali kita, malah anak-anak itulah penyambung warisan, adat, rupa paras, perangai, buah fikiran dan amanah kita di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun, jika kita ingin "bersahabat dengan anak-anak" ini dengan lebih baik adalah dengan melihat contoh kita yang paling 'perfect', iaitu Rasulullah SAW sendiri.

Ada banyak contoh bagaimana Rasulullah SAW bersahabat dengan anak-anak ini. Baginda selalu menemani anak-anak saudaranya, anak-anak sepupunya, anak-anak kecil seperti semasa Ibnu Abbas RA* dan Anas RA** masih "anak-anak". Malahan, Rasulullah tidak pernah segan silu dan pula tidak pernah berbangga atas hubungan persahabatan Rasulullah dengan anak-anak ini. 

Tambahan pula, bersahabat dengan anak-anak ini adalah hak anak-anak ini untuk belajar secara terus dan tidak langsung di dalam meniti kehidupan perkembangan  menjadi seorang "dewasa". Sebab itulah, dahulu jika kita masih di zaman "anak-anak" kita berhak untuk memilih secara "rahsia", siapa yang kita sering jadikan ikutan atau bahasa Jawanya; "hero" atau "heroin" dalam hidup kita. Sehinggalah adanya klise² seperti..
"Daddy, you're my hero in my life" 
"Mommy, you're the Queen of my heart"
"Brother, you are so brave and you are my idol" ...  dan banyak lagi.

Anak-anak yang seperti kanvas    -Gambar hiasan


Bahkan juga, banyak cerita anak-anak yang membina perwatakan Rasulullah SAW sendiri, dari zaman Rasulullah kecil sehingga Baginda dewasa..
 
Anas bin Malik pernah meriwayatkan peristiwa, di mana Rasulullah (semasa anak-anak) bermain bersama anak² yang lain, kemudian datang Jibril AS, membaringkan dan membelah dada Rasulullah (untuk proses penyucian hati). 

Abu Ya'la (musnad #2191, sanad sahih) daripada Abu Juhaifah RA (semasa beliau masih anak-anak) "Saya datang bersama rombongan Bani 'Amir bin Sha'sha'ah di Abthah, Rasulullah menyambut dengan berkata, "Selamat datang, kalian adalah sebahagian daripadaku", sejurus kemudian keluar Bilal lalu malaungkan azan untuk solat, kemudian terus Rasulullah SAW berdiri di hadapan saya dengan menancap tongkatnya dan bersiap untuk mengimamkan solat itu"


Rasulullah SAW pernah melihat kumpulan anak² bermain dengan semangat dan beriya-iya bersama² mereka Rasulullah memberi kata² semangat, malahan terus melihat dan mengawasi mereka bermain.

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang mengatakan kepada anaknya, "Kemarilah, aku beri sesuatu", tetapi tidak memberikan apa-apa, maka jadilah orang yang berdusta". (نعوذ بلله)

Abu Daud meriwayatkan daripada Abdullah bin Amir, katanya "Suatu hari ibuku memanggilku, sedang Rasulullah SAW sedang mengunjungi dan duduk di tengah rumah kami. ibuku memanggilku "Kemarilah, aku akan memberi kamu sesuatu". Rasulullah SAW bertanya ibuku, "Apa kamu berikan kepadanya?", ibuku menjawab, "Aku akan berikan dia kurma", lalu Rasulullah SAW bersabda "Demi Allah, jika kamu tidak berikan apa-apa kepada anak kamu  maka akan dicatat kamu sebagai pembohong".


Sahabat-sahabat Rsulullah SAW seperti Umar Ibnu Al Khattab selalu menemani anaknya berjalan², ada masa Umar juga menemani Ibnu Abbas, Zubair biasa menemani anaknya semasa perang sehingga sampai waktu anaknya menyertai perang dan menjadi kuat dan hebat, Rasulullah SAW sendiri sudah biasa bergaul dengan anak-anak dan bermain bersama mereka.





Maka, dengan "Bersahabat dengan anak-anak"..secara tidak langsung akan "menjadi contoh kepada anak-anak.."





Oleh yang demikian, jika kita menjadi orang tua (Ibu Bapa atau Penjaga & Pendidik) kepada anak-anak ini, kita hendaklah:
a) Sentiasa berserdia untuk meluangkan masa bersama anak-anak
b) Sentiasa menyediakan masa untuk bersama dengan anak-anak
c) Pandai memilih kawan² yang baik dan soleh untuk anak² (contohnya kita hantar anak-anak ke Pusat Asuhan Anak² yang soleh, bukannya hantar anak² ke tadika yang glammer saja lebih..)
d) Sering ajak membuat perkara yang baik (contoh ajak solat, bukan paksa solat)
e) Selalu ajar anak-anak supaya tidak membuat perkara² yang negatif (contoh jika anak² nak makan kena baca doa makan, tapi mak & ayah makan tidak pernah ucap dan baca Bismillah pun..)

Ringkasnya bahawa menjadi rapat dengan anak-anak adalah satu tuntutan yang 'natural' di dalam perkembangan anak-anak kita membesar menjadi seseorang yang lebih matang dalam segala hal. Secara tidak langsung kita menjadi 'bahan rujukan' anak-anak dalam proses tumbesaran mereka. Jika tiada perubahan-perubahan kendiri untuk kebaikan dalam hidup kita (sebagai ibu bapa atau penjaga), besar kemungkinan tiada 'kelainan' atau perubahan yang positif selama mana kita menjadi ibu bapa atau penjaga kepada anak-anak ini. Misalannya, hanya sekali anak-anak melihat dan mendengar ayah mereka bercakap kasar semasa bertelefon, sekali itulah mereka belajar bercakap kasar (dan mungkin memaki hamun). Contohnya, hanya sekali anak-anak ini melihat ibu mereka tidak memperdulikan kata-kata ayah mereka, sekali itulah mereka mengetahui bahawa tidak mengikut kata seorang ayah (ketua keluarga) tidak menjadi apa-apa keburukan (secara zahirnya).. والله أعلم بالصواب 



* Ibnu Abbas, ialah ; Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib Al-Hasyimi Al-Makki, iaitu sepupu Rasulullah s.a.w. Ibunya, ialah Lubabah binti Al-Harith Al-Hilaliyyah. Beliau digelar “orang yang paling disukai”, “lautan” kerana mempunyai ilmu yang banyak dan Rasulullah s.a.w telah mendoakan kepada beliau agar dikurniakan kebijaksanaan dan ditahnik dengan air liur baginda ketika dilahirkan di Mekah pada tahun ke-3 sebelum Hijrah. Beliau telah meriwayatkan 1,660 buah hadis dan ketika Rasulullah s.a.w wafat, beliau berumur 13 tahun. Beliau telah meninggal di Thaif pada tahun 68 Hijrah dan telah disembahayangkan oleh Muhammad bin Al-Hanafiah, beliau berkata ; “Telah hilang seorang rabbani zaman ini”. Maimun bin Mahran pula berkata: “Ketika Ibnu Abbas r.a diletak untuk disembahyangkan telah datang burung putih di atas kafan beliau, dan apabila mayat ditanam burung tersebut pun hilang. Ketika tanah diratakan terdengar satu suara ; “Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan yang diredhai, mak jadilah hamba yang sebenar-benarnya dan masuklah ke dalam syurgaku.”

** Anas, ialah ; Anas bin Malik bin Nadhar bin Dhamdham Al-Ansari Al-Khazraji, merupakan pembantu Rasulullah s.a.w. Ibunya bernama Ummu Sulaim binti Malhan, pernah berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w selama 10 tahun. Beliau telah meriwayatkan 2,286 buah hadis. Beliau telah dikurniakan zuriat yang ramai bersesuaian dengan doa Rasulullah s.a.w : “ Ya Allah, Limpahkanlah rezeki dan zuriat kepada Anas bin Malik”. Ulama’ telah bersepakat yang beliau meninggal ketika berumur 100 tahun, iaitu pada tahun 93 hijrah di luar dari Basrah dan disemadikan di Qasra Anas.

Monday 11 April 2011

The "power" of Doa

Dua lelaki bersaudara bekerja di sebuah kilang kicap dan sama-sama belajar agama Islam untuk sama-sama mengamalkan ilmunya dalam kehidupan sehari-hari sebanyak mungkin. 

Mereka berjalan kaki mengaji ke rumah gurunya yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari rumah peninggalan orang tua mereka. 

Suatu ketika si abang berdoa memohon rezeki untuk membeli sebuah kereta supaya dapat digunakan sebagai pengangkutan dia dan adiknya untuk memudahkan mereka pergi mengaji. Allah mengabulkannya. Tidak lama kemudian sebuah kereta dapat beliau miliki hasil daripada bonus pekerjaannya. 

Lalu si Abang berdoa memohon seorang isteri yang sempurna. Lalu Allah mengabulkan permintaannya. Tidak lama kemudian si abang bersanding dengan seorang gadis yang cantik serta baik budi bahasa serta perangainya. 

Kemudian berturut-turut si Abang berdoa memohon kepada Allah akan sebuah rumah yang selesa, pekerjaan yang menyenangkan, dan lain-lain lagi dengan tekad supaya beliau lebih mudah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Dan Allah mengabulkan semua doanya itu. 

Sementara itu, si Adik tidak ada perubahan sama sekali. Hidupnya masih sama seperti dahulu. Tetap sederhana. Masih lagi tinggal di rumah peninggalan orang tuanya yang suatu ketika dulu pernah menempatkan beliau bersama dengan abangnya. Namun kerana abangnya seringkali sibuk dengan pekerjaannya, beliau tidak dapat mengikuti pengajian dan si Adik pula seringkali berjalan kaki untuk mengaji ke rumah guru mereka. 




Suatu ketika si Abang merenung dan membandingkan perjalanan hidupnya dengan perjalanan hidup adiknya, dan dia teringat adiknya selalu membaca selembar kertas apabila beliau berdoa; menunjukkan adiknya tidak pernah menghafal bacaan untuk berdoa. Lalu datanglah si Abang kepada adiknya untuk menasihati adiknya supaya selalu berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan hatinya kerana dia merasakan yang adiknya masih berhati kotor sehingga doa-doanya tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T. 

Si Adik berasa terharu dan bersyukur sekali mempunyai abang yang begitu menyayanginya, dan dia mengucapkan terima kasih kepada abangnya atas nasihat yang berguna itu. 


Hingga suatu saat si Adik meninggal dunia. Si Abang terasa sedih kerana sehingga sampai ke akhir hayat adiknya itu masih tidak ada perubahan pada nasibnya. Jadi beliau merasa bimbang kalau adiknya itu meninggal dalam keadaan kotor hatinya kerana doanya yang tidak pernah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. 

Si Abang menguruskan rumah peninggalan orang tuanya sesuai dengan amanah adiknya untuk dijadikan sebuah masjid. Tiba-tiba matanya tertumpu pada selembar kertas yang terlipat di dalam sejadah yang biasa dipakai oleh adiknya yang berisi tulisan doa. Diantara tulisan tersebut ialah surah Al-Fatihah, Solawat, doa untuk guru mereka, doa selamat dan ada kalimah di akhir doanya: 

“Ya Allah. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Mu. Ampunilah aku dan abangku. Kabulkanlah segala doa abangku, bersihkanlah hatiku dan berikanlah kemuliaan hidup untuk abangku didunia dan akhirat.” 

Si Abang berlinang air mata dan haru-biru memenuhi dadanya. Beliau terharu dan tidak pernah menyangka yang adiknya tidak pernah sekalipun berdoa untuk memenuhi nafsu duniawinya. 

"Mungkin kejayaan kita pada hari ini adalah doa orang-orang yang sayangkan kita. Jadi janganlah kita berasa sombong dan megah."
~Wallahua'alam~

Tuesday 22 March 2011

The Sweetness of Islam

بسم الله الرحمن الرحيم
Praise be to Allah Taala..

الحمد لله wujud nya satu lagi blog dalam kalangan jutaan blog yg ada di persada penulisan-maya ini, walaubagaimanapun hanyalah utk berkongsi rasa kenikmatan selama mana kita semua masih sentiasa di dlm reda-Nya & sentiasa tidak perasan secara langsung kita "menikmati" The Sweetness of Islam in everyday of our life.

Masih dalam "perkenalan" dlm membiasakan diri utk menulis secara santai serta berhikmah dlm blog ni..
Jika ada silap dan salah, diharap ada teguran drpd insan² yg membaca blog ni..
Misalannya, bahasa yg digunakan.. manglish yg sangat rojak (sengaja menulis dlm bahasa rojak walaupun ramai ahli bahasa terutamanya bagi bahasa Melayu menolak penulisan seumpama ini).. ataupun informasi yg tidak seberapa tepat.. dan apa² shj ralat.. malah jika ada cadangan utk memperbaiki kesilapan/penambahan..
Sila lah berikan "galah dan tolong sama-sama kita jolokkan buah cempedak nyer" iyer..

Anak² sekecil ini perlukan bimbingan kita utk merasai "The Sweetness of Islam"



Penafian: Bahawa pembikinan blog ini tiada kena mengena dalam merosakkan iman, melencongkan aqidah ataupun menghidupkan sesiapa yang telah meninggal dunia, ini kerana semua itu adalah amalan mereka yang tidak pernah merasai kemanisan dalam kehidupan sebagai seorang Muslim..  
والله أعلم بالصواب 




p/s just wanna share some funny things is jika anda browse blog ini di dalam mana² browsers yg memberikan 'translations mode'..cuba translate kan from any Malays to English.. ya'll find some other kinda rojak-english writings.. just try it lah :-)